Just for you

Wednesday, December 30, 2009

Sinopsis Nenek Kebaya - Ringkasan Drama Lagenda Nenek Kebaya


Nenek Kebaya mengisahkan tentang dendam kesumat Intan Sari kepada Raja Kembayat kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada tunangnya Indera Laksamana dan membutakan mata ibu angkatnya Mak Inang. Untuk itu, dia telah mempelajari ilmu hitam. Dendam yang tak terbalas itu telah berlanjutan selama 7 keturunan apabila ilmu hitam itu telah diwariskan kepada Nenek Putih. Melalui cucunya Samsiah yang dikahwinkan dengan keturunan Raja Kembayat, Adam, Intan Sari ingin mencapai hasratnya untuk memusnahkan keluarga Adam. Intan Sari telah menjelma rupa menjadi Samsiah, manakala Samsiah telah ditukarkan kepada rupa neneknya mengunakan kuasa sihir.Kini Dengan wajah Samsiah (dipanggil Nenek kebaya oleh cucu tirinya kerana sentiasa memakai kebaya) Intan Sari bebas untuk membalas dendam. Namun hasratnya terhalang apabila dia tidak dapat menahan kepanasan setiap kali terdengar bacaan ayat suci Al Quran. Malah pemandu suaminya yang pandai agama juga dapat merasakan kehadiran kuasa syaitan itu. Pelakon: Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan, Zed Zaidi,Pekin Ibrahim dan Mariani. Saluran: TV3 / TV9 - Sinopsis Nenek Kebaya - Ringkasan Drama Lagenda Nenek Kebaya @ anggunayu.com.. 

visitor site

web counter

Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Doocu.Com - Free PDF upload and share